fbpx

Baddrol perlu diberi peluang ceburi bidang politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADDROL memberi ucapan perpisahan kepada para penyokong Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu baru-baru ini.

PENYERTAAN ahli sukan dalam bidang politik harus dilihat daripada skop lebih luas dan adalah tidak wajar untuk mengatakan keputusan itu sebagai ‘bunuh diri’.

Walaupun kancah politik negara tidak dapat lari daripada persepsi negatif, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd. Sadek Mustafa berkata atlet perlu diberikan ruang untuk menonjolkan diri dalam bidang berbeza.

“Dalam politik tiada istilah bunuh diri kerana penawaran diri untuk jadi ahli politik sepenuh masa adalah permulaan buat Baddrol Bakhtiar selepas berbelas tahun dia dah jadi pemain bola sepak. Masa yang pa­ling sesuai untuk dia beralih kerjaya.

“Masa kini golongan muda Kedah perlukan wakil muda yang boleh membawa suara dan hasrat mereka, jadi kita perlukan individu terbukti berwibawa. Sekarang dia jadi individu yang sesuai untuk jadi duta anak muda Kedah

“Perkara utama yang Baddrol kena urus sekiranya menjadi calon adalah menukar persepsi kepada realiti dan tanggungjawab,” katanya.

Sebelum ini, Baddrol yang sudah dianggap legenda di Kedah ambil keputusan untuk tidak te­ruskan kariernya bersama Sabah dan khabar angin mengatakan dia bakal sertai Pilihan Raya Ne­geri (PRN), bulan depan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat mengenai masa depan Baddrol, namun namanya dikatakan akan bertanding di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Wajar (bertanding) sebab dia ikon Kedah dan punyai disiplin diri dan daya kepimpinan yang tinggi.

“Saya menganggap Baddrol wajar dan seharusnya diberikan peluang untuk mewakili suara anak muda Kedah agar sukan, kebajikan mereka boleh terbela malah lebih maju dalam bidang sukan dan rekreasi setanding atau lebih baik daripada Pulau Pinang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI