fbpx

Kesalahan menghina, bukan menyekat kebebasan suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

PETALING JAYA – Kesalahan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor adalah kesalahan menghina dan bukannya kesalahan berucap memberi pandangan politik.

Ahli Majlis Ulamak UMNO, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kesalahan yang dilakukannya perlu disekat dan tindakan yang sepatutnya perlu diambil oleh pihak berkuasa.

“Kesalahannya ialah menghina. Bukan kesalahan kerana berucap memberikan pandangan politik. Menghina perlu disekat dan diambil tindakan.

“Silakan berhujah dengan pelbagai idea politik mengkritik lawan dan saingan politik tetapi batasannya ialah jangan menghina dan mencela,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah beliau, pihak pembangkang ketika ini pandai memutar belitkan fakta sehingga tindakan pihak berkuasa atas kesalahan menghina itu ditukar kepada kekangan kebebasan bersuara dalam politik.

“Tetapi kepandaian memutar-belit oleh ahli politik sehingga tindakan pihak berkuasa atas kesalahan menghina dijenamakan sebagai kekangan terhadap kebebasan bersuara dalam politik.

“Rakyat dan orang muda khususnya tidak wajar terpedaya dengan permainan kata-kata penuh kepalsuan sebegini,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI