fbpx

Lelaki sambut hari jadi tengah jalan raya, trafik sesak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan Pradeep telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk selepas mercun tersebut dibakar selama 30 minit. – Wikimedia Common

NEW DELHI – Seorang lelaki di negeri Uttar Pradesh, India menyambut hari lahir di tengah  jalan raya sibuk sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, lapor laman berita Times of India semalam.

Pradeep Rathore dilaporkan membakar mercun di tengah persimpangan Old Mandi di bandar Agra sambil disertai oleh rakan- rakannya.

Tindakan mereka  menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk selepas mercun tersebut dibakar selama 30 minit.

Tidak dinyatakan sama ada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka.

Namun, laman berita Times of India melaporkan bahawa Pradeep ialah ahli pasukan media sosial parti politik, Parti Bharatiya Janata. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI