fbpx

Hub Logistik Antarabangsa Shah Alam bawa pelaburan RM2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ( tengah) keyika simbolik pecah tanah Hub Logistik Antarabangsa Shah Alam di Seksyen 16 di sini, hari ini.- Foto AMIR KHALID/KOSMO!

SHAH ALAM – Projek Hub Logistik Antarabangsa Shah Alam di Seksyen 16 di sini dijangka membawa pelaburan mencecah hampir RM2 bilion.

Projek melibatkan kawasan seluas 28.73 hektar itu itu dijangka siap pada 2028.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek itu memberi peluang pekerjaan kepada 5,000 penduduk dengan melengkapkan ekosistem sektor atau industri perkhidmatan di negeri ini.

Menurutnya, sektor itu menyumbang kepada 60 peratus dan pertumbuhan meningkatkan 13 peratus yang berpadanan dengan trend global khususnya negeri seperti Selangor.

‘Sebenarnya, Selangor sedang menuju dan hampir menyaingi Singapura dari segi pecahan ataupun beralih daripada sektor pembuatan kepada perkhidmatan.

“Ini menunjukkan bagaimana sektor perkhidmatan terus kekal, menarik dan hebat dalam tempoh empat atau lima tahun. Ia sedikit sebanyak disumbangkan oleh pandemik yang meningkatkan kualiti dan keperluan sektor perkhidmatan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pecah tanah hub tersebut di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kebenaran merancang dan pelan kerja tanah hub tersebut telah diluluskan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bulan lalu.

“Perkara yang seterusnya kelulusan pelan bangunan lengkap yang berkemungkinan dalam tempoh sebulan lagi sebelum kerja pembinaan dilaksanakan dalam kadar segera,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata, beliau yakin situasi kesaksamaan kerajaan Persekutuan dan negeri boleh membantu meningkatkan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) projek di Selangor.

“Pada 2021, peningkatan sekitar 0.5 peratus manakala 2022 mencapai 0.7 peratus dan berharap dalam beberapa tahun akan melebihi GDV 2022 selepas melancarkan Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor dan Pembangunan Kawasan Sabak Bernam selain pelaburan baru seperti Tesla Inc. serta syarikat penting bertaraf antarabangsa.

“Ini adalah signal yang baik kepada ekonomi Selangor. Masalahnya cuma kita tidak mempunyai tanah yang mencukupi yang menyebabkan harganya tinggi. Namun apa ditawarkan adalah kompetensi dan efisien,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI