fbpx

3 beranak jual perisa vape ganja tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAMRY (kanan) menunjukkan sebahagian cecair vape mengandungi cecair ganja yang dirampas daripada suspek tiga beranak di Paya Pulai dan Buloh Kasap, Segamat, Johor pada 15 Julai lalu.

SEGAMAT – Taktik licik tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape tumpas apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas itu terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan pihaknya susulan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran cecair vape campuran jus ganja.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menahan suspek pasangan suami isteri di rumah mereka dikira-kira pukul 5 petang. Melalui pemeriksaan di rumah pasangan itu, pihak polis menemui satu plastik lut sinar disyaki serbuk methamphetamine anggaran seberat 0.80 gram bernilai RM180 dan 28 botol cecair vape bercampur cecair ganja bernilai RM5,600 mengandungi di antara 10 mililiter (ml) sehingga 70 ml.

“Hari yang sama (15 Julai), pasangan suspek itu kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Buloh Kasap sehingga membawa kepada penangkapan lelaki berusia 49 tahun yang juga merupakan bapa suspek lelaki juga bapa mentua kepada suspek wanita kira-kira pukul 9.45 malam,” katanya.

Tambah Ahmad Zamry, pihak polis turut merampas 58 botol cecair vape dipercayai campuran jus ganja dan turut menemui serbuk methamphetamine.

“Dalam serbuan kedua di dalam rumah bapa suspek, polis turut menemui cecair vape campuran bahan disyaki ganja. Pemeriksaan lanjut di rumah tersebut polis menemui 31 botol cecair vape bercampur cecair jus ganja dengan berat kasar tiap botol diantara 10 sehingga 190 ml anggaran nilai RM6,240 dan rampasan keseluruhannya bernilai RM11,840 di kedua-dua kediaman terbabit,” jelasnya.

Tambahnya, cecair tersebut diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

“Difahamkan sebotol cecair vape dicampur cecair ganja ini berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja,” katanya.

Ahmad Zamry menambah, suspek direman empat hari mulai 16 Julai lalu bagi siasatan mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI