fbpx

Saya tidak khianat orang Melayu – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir ke Program Seminar Malaysia Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang di Bertam Resort, Kepala Batas, hari ini. Foto IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengkhianati kaum Melayu dan orang Islam sepanjang memegang tampuk pemerintahan sejak lapan bulan lalu.

Menurutnya, beliau juga turut tertanya-tanya apa tindakannya yang dikatakan mengkhianati orang Melayu Islam selama ini.

“Lapan bulan saya tanya di Parlimen, apa yang saya buat khianat kepada Melayu dan Islam, adakah kerana saya sokong Ketua Menteri, (Chow Kon Yeow) sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang? Saya tidak khianat, saya terima kenyataan geopolitik dan realiti.

“Semua negeri lain, Melayu Islam pegang. Semua jawatan-jawatan utama Agong, Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Gabenor Bank Negara semua orang Melayu Islam.

“Jadi, selamatkan negara ini dan jangan izinkan ada permusuhan kaum yang menyebabkan kita kembali runtuh kerana nilai dan kedangkalan ilmu kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Seminar Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang di Bertam Resort, di sini hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan bantuan kewangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebarang kekurangannya dalam mentadbir Kerajaan Persekutuan boleh ditegur supaya dapat diperbaiki.

“Ada setengah orang saya pakai capal, (mereka) tak setuju, bila saya pakai baju samping (masuk) dalam pun dikata tak elok, itu tak apa.

“Tapi ada satu perkara dia (orang) yang tak boleh pertikai, saya tak guna kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk curi duit negara, untuk zalim kepada rakyat seperti mana difitnah mengecilkan dan mengkhianati Islam dan bangsa Melayu,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI