fbpx

Bapa berdepan hukuman jel 790 tahun, 201 sebatan rogol anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH yang berusia 53 tahun dibawa ke Mahkamah Sesyen Muar, Johor hari ini atas 19 pertuduhan merogol dan 11 amang seksual terhadap dua anak perempuannya sejak tahun 2018.

MUAR – Seorang pekerja pembersihan berdepan hukuman penjara 790 tahun dan 201 sebatan selepas didakwa di mahkamah atas 19 pertuduhan merogol dan 11 amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak 2018.

Tertuduh yang berusia 53 tahun mengaku bersalah sejurus kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen. Abu Bakar Manat, di sini hari ini.

Bagi kesalahan merogol, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap mangsa yang kini berusia 15 dan 12 di dua buah rumah di Muar di sini sejak 2018 dan kali terakhir pada bulan ini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan bagi setiap satu pertuduhan.

Berita berkaitan: Dua anak kandung jadi hamba seks bapa durjana

Bagi pertuduhan melakukan amang seksual pula, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di lokasi yang sama.

Jika kes amang seksual, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili penguam mengangguk faham dan memohon mahkamah mengurangkan hukuman selain memaklumkan dia sudah bertaubat atas kesalahan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon satu tarikh lain bagi memberi ruang kepada pihaknya menyediakan fakta kes serta tarikh jatuh hukum.

Abu Bakar kemudiannya menetapkan 8 Ogos ini sebagai tarikh jatuh hukuman terhadap tertuduh.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI