fbpx

Orang ramai disaran tenung perokok di tempat larangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Hong Kong dilarang merokok di dalam restoran, tempat kerja, ruang awam dalaman dan beberapa kawasan awam luar bangunan. - Getty Images

HONG KONG – Penduduk Hong Kong diminta untuk tidak menggalakkan aktiviti merokok dengan merenung siapa sahaja yang menyalakan rokok di kawasan yang dilarang, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Menjawab soalan tentang cara mewujudkan bandar bebas tembakau, Setiausaha Kesihatan Hong Kong, Lo Chung-mau berkata, orang ramai tidak boleh mengharapkan polis untuk menangkap perokok itu tepat pada masanya. 

Pemerintah Hong Kong sedang membahaskan undang-undang dalam memperkukuh langkah antitembakaunya.

Peraturan semasa di Hong Kong melarang orang ramai merokok di dalam restoran, tempat kerja, ruang awam dalaman dan beberapa kawasan awam luar bangunan.

Selepas melancarkan kempen untuk mengurangkan aktiviti merokok di Hong Kong, Chung-mau memberitahu wakil rakyat dalam satu mesyuarat kesihatan bahawa orang ramai mempunyai peranan untuk menangani perokok.

Cung-mau yang juga seorang doktor perubatan berkata, merokok tidak baik untuk kesihatan dan Hong Kong memerlukan ‘budaya dalam masyarakat di mana orang ramai patuh pada undang-undang’.

“Apabila anda melihat orang merokok di kawasan larangan, walaupun tiada pegawai penguatkuasa undang-undang, kita boleh merenung perokok itu,” katanya.

Beliau memberitahu, sesiapa yang melanggar peraturan merokok akan didenda sehingga HK$1,500 (RM11,722). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI