fbpx

[KEMAS KINI] Mangsa jatuh kondo pelajar UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi seorang pelajar universiti awam maut terjatuh kondominium di Seksyen 7, Shah Alam.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengesahkan mangsa yang maut terjatuh dari sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini semalam merupakan pelajar mereka.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, mangsa merupakan pelajar semester lima Kolej Alam Bina kampus Shah Alam dan menyewa sendiri kediaman di luar kampus.

“Pihak kami mengetahui kejadian tersebut petang semalam dan telah maklumkan kepada keluarganya pada hari sama dengan mereka sudah berada di hospital.

“Pemakluman juga telah dibuat kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” katanya selepas menghadiri Program Semarak Siswa Madani (SSM) UiTM Shah Alam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, di sini, hari ini.

Jelas beliau, pihaknya akan menyalurkan bantuan termasuk RM10,000 dan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa selain menyediakan van jenazah bagi proses pengebumiannya.

“Saya harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana pihak polis sedang menyiasat kes ini. Hormati sensitiviti keluarga mangsa kerana mereka pasti berduka mengenai apa yang berlaku,” ujarnya.

Kosmo! terdahulu melaporkan seorang pelajar universiti awam maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 5.47 petang dengan mangsa merupakan seorang wanita berusia 23 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI