fbpx

Taska terlibat kes abai, aniaya kanak-kanak diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Sebuah taska di Taman Meru Perdana 2 di sini yang terbabit dalam kes pengabaian dan penderaan lima kanak-kanak telah diarah tutup sementara sejak semalam.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Nor Tipah Majin berkata, arahan itu dibuat di bawah Seksyen 16 subseksyen (1)(a)/(b) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Akta 308).

Katanya, penutupan berkenaan dibuat serta-merta sehingga pihak taska mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

“Siasatan JKM telah dibuat di taska tersebut berhubung pelanggaran peruntukan yang telah ditetapkan dalam akta dan peraturan taska. Susulan siasatan tersebut, taska berkenaan telah diarahkan tutup sementara di bawah Seksyen 16,” katanya di sini hari ini.

Media pada Isnin lalu melaporkan, tiga wanita ditahan bagi membantu siasatan kes dera membabitkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di sebuah taska di Taman Meru Perdana 2 di sini.

Ketiga-tiga suspek kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini dan masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan dan enam pertuduhan menganiaya mangsa berusia anggaran dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI