fbpx

Padah ternak kambing atas tanah DBKL di Sentul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kambing yang disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sebuah tanah lot, sekitar Sentul, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Kedegilan pemilik kandang kambing menghiraukan notis arahan untuk berhenti membela dan memindahkan haiwan berkenaan ke luar kawasan membawa padah selepas disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

DBKL dalam hantaran di Facebook berkata, kesalahan berkenaan dilakukan di atas tanah lot 201224 yang merupakan tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur di Sentul.

“Tindakan ini susulan daripada notis yang dikeluarkan pada 11 Julai lalu dan didapati pemilik gagal mematuhi notis yang diberi di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Pemilik tersebut gagal berhenti membela, memindahkan kambing ke luar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) serta membersihkan dan meroboh kandang kambing tersebut.

“Satu notis kompaun turut dikeluarkan iaitu dibawah Seksyen 82(5) Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kesalahan gagal mematuhi notis. Tindakan susulan akan terus dilaksanakan jika pemilik masih terus gagal mematuhi notis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas hantaran itu, tindakan berkenaan dilaksanakan oleh petugas dari Pejabat Kesihatan Parlimen Batu serta Pejabat Cawangan Batu dan dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI