fbpx

Lelaki tular tidak mengaku salah pukul anjing dengan kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli (dua dari kiri) bersama Suhaili (dua dari kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Dua lelaki yang sebelum ini tular memukul seekor anjing dengan kayu minggu lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Tertuduh, Rosli Mat Zin, 53, dan Suhaili Haron, 49, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim dan memohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, Rosli yang bekerja sebagai nelayan manakala Suhaili merupakan seorang pemandu bas kilang didakwa telah memukul seekor anjing yang berada di dalam longkang di Kampung Teluk Tempoyak, Batung Maung kira-kira pukul 8.30 malam, 8 Julai lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pendakwaan tersebut, Jin Hong memohon satu jaminan yang tinggi dikenakan supaya memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah beserta dengan syarat tambahan.

Hakim Mohammad Khalid kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM1,000 seorang selain memerintahkan tertuduh agar mendapatkan khidmat peguam serta syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap 1 haribulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 16 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Kosmo! difahamkan, kedua-dua tertuduh membayar wang jaminan yang dikenakan mereka.

Isnin lalu, media melaporkan penahanan tiga lelaki warga tempatan selepas disyaki menyeksa dan menzalimi seekor anjing sehingga mati.

Tangkapan ke atas suspek dilakukan selepas tular video Twitter yang memaparkan dua lelaki bertindak memukul anjing menggunakan sebatang kayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI