fbpx

HTAR siasat kematian kanak-kanak 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital itu, baru-baru ini.

Pengarahnya, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, pihaknya merujuk kepada video yang tular di aplikasi Tiktok mengenai perkara tersebut.

Tangkap layar berhubung surat kematian kanak-kanak tersebut.

Jelas beliau, pesakit kanak-kanak itu hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya pada 9 Julai lalu dan keadaan pesakit ketika itu lemah.

“Pakar Perubatan Kecemasan telah memberikan rawatan sewajarnya, namun pesakit tidak dapat diselamatkan. Punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik HTAR,” katanya di sini hari ini.

Tambah Zulkarnain, HTAR akan terus berhubung dengan keluarga bagi perbincangan lebih lanjut (family conference) mengenai kes itu.

Terdahulu tular di laman sosial berhubung surat kematian seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan mati ketika dibawa ke HTAR walaupun mangsa sempat menerima rawatan di hospital berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI