fbpx

Polis siasat kes rosakkan poster PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu poster Perdana Menteri di daerah Kubang Pasu yang diconteng dengan cat merah.

ALOR SETAR – Polis Kedah menjalankan siasatan kes merosakkan poster Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di papan iklan, dipercayai berunsurkan khianat.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, setakat ini pihak polis menerima dua laporan membabitkan insiden khianat seperti itu di Kubang Pasu dan Kulim, semalam.

“Dalam suasana pilihan raya yang dekat ini dan kita tengok di Kedah ada laporan melibatkan poster papan iklan diconteng jadi saya ingin seru semua masyarakat di Kedah saya tengok kes ini tak berapa cantik dalam suasana ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat. Kita menyiasat perkara ini dan setakat ini tiada tangkapan dibuat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Sementara itu tinjauan di Tanjung Kapur, Jitra dekat Kubang Pasu semalam mendapati poster ahli politik tersebut diconteng dengan cat merah.

Mengulas lanjut kata beliau, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan polis menyeru semua pihak akan mematuhi semua peraturan ditetapkan dan menjauhi perbuatan yang boleh mencetuskan provokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI