fbpx

Pencen, pencen terbitan Julai-Disember tahun ini babit implikasi RM1.3 bilion – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika sidang akhbar selepas program Cakna Madani bersama Agensi Penguatkuasa 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. Gambar oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Pencen dan pencen terbitan untuk pesara kerajaan pada Julai hingga Disember tahun ini dibayar menggunakan amaun pencen asal melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu telah termasuk dalam peruntukan kewangan kerajaan dan ia tidak melibatkan jumlah tambahan.

“Implikasi kewangan RM1.3 bilion, tetapi ini sudah dimasukkan dalam peruntukan kewangan, bukan ada tambahan, kita bayar dengan elaun khas iaitu elaun Madani supaya dia (pesara) tidak rugi.

“Apa yang dijanjikan oleh kerajaan, maka kita bayar elaun Madani pertimbangan atas khidmat mereka sebagai penjawat awam dahulu,” katanya kepada pemberita selepas program Cakna Madani Perdana Menteri bersama Agensi Penguatkuasaan di sini hari ini.

Semalam, Anwar dalam kenyataan memberitahu, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai hingga Disember tahun ini dibayar menggunakan amaun pencen asal selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu.

Katanya, kerajaan mengambil maklum keputusan mahkamah yang memutuskan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (Akta A1447) adalah tidak sah.

Susulan itu, ujarnya, undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, beliau akan adakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk esok.

Terdahulu dalam ucapan beliau pada program tersebut, Anwar memberitahu deligasi Hong Kong akan tiba ke negara ini pada minggu depan selepas menyatakan minat untuk melabur di Malaysia.

“Sebentar tadi, saya ada menemui Richard Lim…beliau merupakan antara peniaga paling kaya di Hong Kong menunjukkan minat untuk melabur,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI