fbpx

Isu Uptown Pahlawan Walk, kami tak lari – Rais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIS (dua dari kanan) meninjau kiosk mobil SWM Corp kesedaran 'Do Not Litter' pada Program Kesedaran Kebersihan, di Jonker Walk Melaka. Foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak penganjur untuk berdialog dan menyampaikan maklumat mengenai Uptown Pahlawan Walk serta kawasan terlibat dengan inisiatif zon bebas kenderaan kepada para peniaga.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, beliau telah berjumpa dan meminta penganjur untuk bertemu dengan peniaga di kawasan terlibat

Katanya, beliau difahamkan pertemuan tersebut telah diadakan dua hari lalu.

“Sebenarnya kita tak lari, ini memang tanggungjawab saya untuk berdialog dan berjumpa dengan para peniaga. Biarlah penganjur berjumpa dengan peniaga dahulu kerana mereka yang mengambil lesen daripada pihak majlis.

“Saya hendak lihat bagaimana penganjur menyampaikan semula apa yang telah kerajaan negeri terangkan kepada mereka, saya akan turun (bertemu) setelah penilaian akhir daripada pihak majlis diperolehi,” katanya selepas Program Kesedaran Kebersihan Jonker Walk, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI