fbpx

Silibus pembelajaran terlalu tinggi, ‘bunuh’ minat pelajar – Cikgu Fadli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang guru, Mohd. Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli mendakwa silibus yang diajar ketika ini di sekolah terlalu tinggi sehingga ramai pelajar gagal mengikuti.

Malah lebih menyedihkan katanya, ramai pelajar juga menganggap diri mereka ‘bodoh’ kerana tidak dapat mengikuti silibus terbabit.

“Inilah yang dirasai oleh ramai murid-murid kita. Mereka rasa mereka bodoh kerana tak faham silibus yang tinggi.

“Patutlah result SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), seorang dari empat calon SPM gagal Matematik. Bukan Matematik sahaja yang tinggi silibusnya, subjek lain pun sama,” tulisnya di laman Facebook semalam.

Dakwa Fadli, silibus yang tinggi juga telah membunuh minat pelajar terutamanya ketika menghadapi peperiksaan besar.

“Silibus yang tinggi ‘membunuh’ minat murid. Jadi ‘killer’ subjek dalam setiap peperiksaan besar.

“Entah berapa ribu dah luahan dari ibubapa, guru, lecturer (pensyarah) bahkan murid tentang silibus yang tak kena dengan aras mereka.

“Namun belum ada tindakan dari menteri dan KPM (Kementerian Pelajaran. Entahlah. Penat dah cakap dan tulis benda sama,” luahnya.

Tambah beliau, silibus yang diajar ketika ini juga lebih terarah kepada silibus ‘pilih kasih’.

“Silibus sekarang silibus pilih kasih. Dibina untuk murid genius dan anak-anak orang kaya yang mampu upah tutor ajar di rumah.

“Anak-anak sederhana dan perlahan, yang keluarga tak mampu hantar anak tuisyen akan ketinggalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI