fbpx

Sempat simpan kereta curi lima jam sebelum ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Perodua Axia yang dicuri dua orang suspek parkir kawasan perumahan Taman Petaling Utama, di sini, semalam.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki tempatan hanya sempat menyimpan kereta curi kira-kira lima jam sebelum ditahan pihak polis dalam serbuan di dua premis sekitar Selangor, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang wanita memaklumkan bahawa kenderaanya dicuri sekitar pukul 1.51 petang.

Katanya, kereta jenis Perodua Axia tersebut didapati hilang di parkir kawasan perumahan Taman Petaling Utama, di sini.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melakukan serbuan dan berjaya menahan dua suspek di Taman Sri Sentosa dan di stor besi buruk Kampung Pasir Baru, di sini.

“Dua lelaki tempatan berusia 40-an itu ditahan sekitar pukul 6.30 petang dan hasil pemeriksaan di lokasi menjumpai semula kereta yang dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas M.Hussin, suspek pertama berusia 41 tahun mempunyai 15 rekod jenayah lampau dan dua rekod penyalahgunaan dadah.

Mengulas lanjut, suspek kedua pula berusia 42 tahun mempunyai 19 rekod jenayah lampau dan 10 rekod penyalahgunaan dadah serta baru sahaja keluar dari penjara bulan lalu atas kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kereta tersebut dicuri bagi tujuan untuk menjualnya semula di pasaran. Kedua-dua mereka direman selama tiga hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut sehingga Jumaat ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI