fbpx

PRN: BN umum calon 21 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bersama barisan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam tadi.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional akan mengumumkan calon penuh yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 21 Julai ini.

Walau bagaimanapun Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak memaklumkan dimana lokasi pengumuman calon-calon parti berkenaan.

“Kita akan umum calon penuh bagi keenam-enam negeri pada 21 Julai, malam,” katanya pada sidang akhbar dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam tadi.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat yang diadakan pada malam ini, Ahmad Zahid berkata, semua parti di dalam Kerajaan Perpaduan dilihat sama-sama mendukung PRN di enam negeri biarpun parti-parti di Sabah dan Sarawak tidak terlibat secara langsung.

“Mereka semua komited untuk membantu jentera bukan sahaja penamaan calon tetapi juga dalam kempen di kawasan-kawasan tertentu atas asas penyatuan yang kukuh dalam Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 12 Ogos depan sebagai hari mengundi di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang bagi PRN.

Bagi penamaan calon pula, tarikh yang ditetapkan adalah pada 29 Julai manakala tarikh mengundi awal adalah pada 8 Ogos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI