fbpx

Calon PRM, Bebas hilang deposit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafizah (kiri) dan Ke Xin (kanan)

HULU SELANGOR – Percubaan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin membuat penampilan sulung dalam gelanggang politik menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu berakhir dengan kehilangan deposit.

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Hafizah dan Ke Xin masing-masing gagal memperolehi undi melebihi satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

Difahamkan, calon Bebas, Ke Xin dan calon PRM, Hafizah masing-masing hanya berjaya meraih 188 dan 152 undi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK).

Begitu pun, PH menerusi calonnya, Pang Sock Tao menang dengan majoriti undi lebih rendah iaitu sebanyak 3,869 berbanding 4,119 undi yang dimenangi penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong.

Menerusi saingan empat penjuru, Sock Tao memperolehi 14,000 undi.

Sementara itu, pencabarnya, calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi.

Pengisytiharan keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Audree Kamaruddin di Pusat Pengiraan Undi SPR di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI