fbpx

Malaysia komited kerjasama rapat dengan Singapura -Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada Lawrence Wong selepas dilantik sebagai PM Singapura baharu hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Singapura baharu, TYT Lawrence Wong yang telah rasmi mengangkat sumpah hari ini.

Susulan perkara itu, Ahmad Zahid berharap hubungan dua hala serta kesejahteraan antara Malaysia-Singapura dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada TYT Lawrence Wong atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Singapura.

“Di bawah kepimpinan yang berwibawa, kami yakin Singapura akan terus berkembang maju dan makmur.

“Hubungan yang kukuh antara Malaysia dan Singapura dibina atas rasa hormat dan kesepakatan dan kami berharap untuk mempereratkan lagi kerjasama dalam bidang-bidang yang membawa kepada kepentingan bersama, termasuk pembangunan ekonomi, pendidikan dan perdagangan,” katanya menerusi Facebook sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Singapura sebelum ini iaitu TYT Lee Hsien Loong atas kepimpinan yang berwawasan dan komitmen dalam memupuk hubungan dua hala yang kukuh selama dua dekad yang lalu.

“Sepanjang perkhidmatan, beliau telah membawa kemajuan yang luar biasa dalam pembangunan Singapura dan hubungannya dengan Malaysia. Semoga beliau terus mencapai kejayaan yang berterusan pada masa hadapan.

“Dalam kita memulakan babak baru ini, kami optimis tentang peluang-peluang yang bakal hadir dan komited untuk bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri, TYT Lawrence Wong dalam meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat kita,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, hari ini.

Majlis berkenaan dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI