fbpx

Keluarga cari calon ‘perkahwinan roh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan majlis perkahwinan beramai-ramai di pinggir bandar Ahmedabad, India pada Februari lalu. - Foto AFP

NEW DELHI – Sebuah keluarga dari Puttur di daerah Dakshina Kannada, negeri Karnataka menyiarkan iklan akhbar untuk mencari seorang pengantin lelaki untuk dikahwinkan dengan anak perempuan mereka yang telah meninggal dunia, lapor portal berita Wion News kelmarin.

Iklan itu mencari seorang budak lelaki yang meninggal dunia 30 tahun lalu untuk dikahwinkan dengan anak perempuan keluarga tersebut. Anak perempuan mereka meninggal dunia juga pada 30 tahun yang lepas.

Nombor telefon yang perlu dihubungi untuk mengaturkan perkahwinan roh yang dikenali sebagai ‘Kule Madime’ dalam kalangan masyarakat tempatan itu turut disertakan.

Bercakap kepada akhbar Times of India, keluarga tersebut berkata, mereka menerima kira-kira 50 pertanyaan daripada individu yang berminat dan mungkin tidak lama lagi akan memutuskan tarikh untuk mengadakan majlis itu.

Keluarga sama menyatakan bahawa mereka telah mencari calon untuk perkahwinan lain daripada biasa itu sejak lima tahun lalu.

Mereka tidak menyangka menerima pertanyaan yang banyak kerana menganggap orang ramai akan mengkritik iklan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI