fbpx

‘Biasakan pandu, jaga seperti kereta orang’- Pekin Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Toyota GR Yaris milik Pekin sebelum (kiri) dan selepas kemalangan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelakon serta pengarah terkenal, Pekin Ibrahim menyifatkan kemalangan yang membabitkan kereta Toyota GR Yaris miliknya yang dipandu oleh salah seorang rakan adalah satu kebetulan.

Namun, Pekin yang turut memiliki laman sosial YouTube permotoran, sempat berpesan agar para peminatnya untuk sama-sama menjaga kereta orang jika diberi kesempatan memandu kereta rakan.

“Sepatutnya kalau kita memandu kereta ‘member’ (kawan) kita kena biasakan diri dulu, cuba dulu. Biasakan dengan jentera, biasakan dengan mesin, kita kena buat macam kereta orang lah senang cerita.

“Kita pun bukan nak salahkan siapa-siapa, benda dah jadi. Cuma aku nak cakap kat sini bukan aku yang bawa, kawan aku yang bawa. Ketiga-tiga mereka selamat itu yang paling penting,” jelasnya melalui satu klip video di Facebooknya.

Terdahulu, Toyota GR Yaris milik pelakon berasal dari Kelantan itu merupakan sebuah kereta yang telah diubahsuai secara 100 peratus di Jepun oleh mekanik serta usahawan permotoran terkenal dunia, Kansai.

Kereta tersebut merupakan satu-satu kereta yang diubah suai oleh Kansai dan dijangkakan harga jentera tersebut mencecah RM200,000.

Sebelum ini, Pekin pernah memuat naik proses pengubahsuaian kereta tersebut semasa di Jepun di saluran YouTubenya sebelum menghantarnya ke Malaysia baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI