fbpx
SEBAHAGIAN ahli KTM Ladies Crew yang terlibat dalam konvoi program amal di sebuah rumah kebajikan di Batu Caves, Selangor pada April lalu.

Tunggang superbike jadi trend selepas popular di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penunggang motosikal jenis sportbike dan superbike dalam kalangan wanita muda mula meningkat sejak tahun lalu sebelum aktiviti itu menjadi popular selepas dimuat naik di media sosial terutamanya TikTok.

Presiden dan pengasas Kelab KTM Ladies Crew, Siti Asmah Zulkifli, 30, berkata, pada awal penubuhan kelabnya pada tahun 2019, hanya terdapat sekitar enam ahli terdiri daripada wanita berusia lingkungan usia 20-an.

Jelas beliau, kelabnya yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bagaimana telah berkembang dan kini mempunyai ahli sehingga 25 orang dan 80 peratus daripadanya adalah wanita muda.

“Sebabkan kelab kami fokus kepada jenis motosikal KTM, jadi jumlah ahli yang diserap masuk juga agak terhad. Kami tegas dalam membuat pemilihan ahli kelab.

“Sejak tahun lepas trend ini sudah bermula kerana ketika kami anjurkan program KLC Trackday Ladies Only, majoriti peserta wanita muda yang sertai program ini adalah mereka yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

“Cuma tahun ini lagi berkembang disebabkan media sosial seperti TikTok yang banyak memberi pendedahan kepada orang ramai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Dalam pada itu, pengasas Kumpulan Santai Bikers, Hafiz Nasution Mohd. Rosli, 25, berkata, golongan wanita lebih gemar menggunakan sportbike kerana jentera itu lebih ringan dan mesra perempuan.

“Majoriti daripada mereka menunggang Honda CBR150, Yamaha R15 dan Yamaha R25. Hanya lebih kurang tiga orang yang membawa motosikal superbike,” ujarnya.

Tambah Hafiz Nasution yang memiliki Yamaha R600, dia sendiri tidak pernah bersikap prejudis atau memandang remeh terhadap kebolehan penunggang motosikal wanita.

“Syarat ringkas sahaja saya letakkan untuk sertai kumpulan iaitu santai dan pandai jaga kelakuan dalam kumpulan se­perti tidak melebih-lebih dalam bergurau-senda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN