fbpx

Mati lemas: Guru besar taska didakwa di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Ipoh

IPOH – Seorang guru besar sebuah taska di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini akan dihadapkan ke mahkamah esok kerana disyaki cuai hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, April lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, wanita berusia 58 tahun itu akan didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Pada 18 April lalu, kita menerima satu laporan polis berhubung kejadian mati lemas membabitkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah taska.

“Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 di mana satu laporan mati mengejut turut dibuka bagi menyiasat kematian mangsa.

“Hasil siasatan teliti yang dilakukan, kita telah memperoleh arahan pertuduhan daripada Timbalan Pendakwa Raya ke atas individu yang bertanggungjawab dalam insiden itu. Individu terbabit akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh esok,” katanya di sini hari ini.

Pada 23 April lalu, kanak-kanak lelaki itu menghembuskan nafas terakhir setelah tujuh hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Kejadian terjatuh ke dalam kolam renang taska itu berlaku pada hari pertama ibu mangsa menghantar anaknya ke sekolah.

Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu mendapati punca kematian akibat mati otak disebabkan lemas dan kegagalan fungsi organ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI