fbpx

Geng Eddy tumpas, 5 lelaki diberkas aktif pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA peralatan dan barangan yang berjaya dirampas dari Geng Eddy yang aktif melakukan jenayah pecah rumah di beberapa daerah di Johor sejak Mei tahun ini.

PONTIAN – Polis berjaya melumpuhkan kegiatan kumpulan dikelani Geng Eddy dengan tertangkap lima lelaki yang aktif melakukan jenayah pecah rumah di daerah Pontian, Batu Pahat, Tangkak dan Muar.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, suspek yang berusia antara 24 hingga 34 tahun itu berjaya diberkas dalam serbuan di Sanglang dan Ayer Baloi Pontian, Forest City di Gelang Patah dan Johor Bahru bermula 3 Julai sehingga semalam.

Katanya, Geng Eddy ini mula aktif melakukan jenayah pecah rumah pada bulan Mei lalu dengan modus operandi pada siang hari ketika penghuni tiada dirumah kerana keluar bekerja dan sebagainya.

Menurut beliau, kumpulan itu akan mengumpil pintu pagar dan tingkap untuk masuk ke dalam rumah dan mencuri barangan berharga seperti barang kemas, wang tunai serta beg berjenama.

“Susulan dari tangkapan yang dilakukan, polis berjaya merampas wang tunai, barang kemas, beg berjenama, telefon bimbit, komputer riba, pakaian, resit jualan emas dan peralatan pecah rumah.

“Semakan rekod jenayah ke atas kesemua suspek mendapati mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, rampasan wang tunai termasuk mata wang Korea Utara Won (KPW) termasuk duit syiling berjumlah 25,000 won, duit dan wang tunai RM250.

Ujarnya, tiga daripada lima suspek direman selama 14 hari dan dua lagi akan mula direman pada hari ini kerana tangkapan baru dilakukan petang semalam.

“Kes akan disiasat di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana kesalahan dilakukan bagi kali kedua atau kemudian boleh dikenakan denda atau sebatan,” jelas beliau.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI