fbpx

Polis Kedah terima 23 laporan polis terhadap Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol

ALOR SETAR – Polis Kedah mengesahkan telah menerima 23 laporan berkaitan kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu bangsa, agama dan raja (3R).

Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, siasatan terhadap kes itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau pada masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak menyentuh isu sensitif 3R, khususnya yang ditularkan di media sosial kerana ia boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negeri ini.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan memainkan isu ini sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja yang mengambil kesempatan ke atas isu ini,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi undang-undang agar proses Pilihan Raya Negeri (PRN) berjalan lancar dan keamanan negeri ini dapat dikekalkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI