fbpx

Kerajaan tetap pertahan kebebasan institusi kehakiman – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan tetap mempertahankan kebebasan institusi kehakiman dalam apa jua keadaan sekalipun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bersikap adil dan saksama malah salah satu ciri utama kebebasan kehakiman.

Sehubungan itu, beliau memuji Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimum Tuan Mat kerana berani dalam mengukuhkan kepercayaan kepada badan kehakiman.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan menyalurkan bantuan RM10 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Menurut beliau, ia bagi membolehkan lebih ramai rakyat mendapat bantuan guaman dan akses kepada keadilan.

“Saya memuji usaha majlis peguam dalam menyediakan bantuan guaman melalui skim yang ditubuhkan sejak lebih 40 tahun lalu.

“Akses kepada keadilan adalah hak asasi,” katanya pada Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia (IMLC) 2023 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI