fbpx

Kabinet bincang ekosistem keselamatan siber negara 19 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah berucap merasmikan Pameran dan Persidangan Keselamatan Pertahanan Siber (CYDES) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Penyelarasan ekosistem keselamatan siber negara akan dibincangkan dan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Kabinet pada 19 Julai ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof susulan
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu.

Katanya, langkah itu menunjukkan kesungguhan dan komitmen tegas kerajaan dalam menangani cabaran keselamatan siber.

“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan siber dan tidak akan berlengah-lengah dalam hal ini.

“Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen tegas Kerajaan Perpaduan dalam menangani cabaran keselamatan siber,” katanya ketika merasmikan Pameran dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber (CYDES) 2023 hari ini.

Katanya, beberapa keputusan penting dibuat untuk membentuk masa depan ekosistem keselamatan siber negara, antaranya ialah kerajaan sebulat suara menyokong Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sebagai pusat keselamatan siber utama yang akan terus melaporkan kepada Perdana Menteri.

“Kerajaan turut bersetuju penggubalan Rang Undang-undang Keselamatan Siber perlu disegerakan bagi memberikan NACSA kuasa undang-undang yang jelas untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan siber.

“CyberSecurity Malaysia juga akan diletakkan di bawah NACSA bagi mengelakkan pertindihan tugas dengan mana-mana agensi lain,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, Anwar juga berpendapat tiada dasar keselamatan siber negara dapat digubal dan dilaksanakan dengan jayanya tanpa pendekatan kolaboratif antara pelbagai pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI