fbpx

Budak 6 tahun trauma pergi sekolah, rupanya sering digigit guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang murid enam tahun berasa trauma setiap kali ke sekolah gara-gara sering digigit oleh gurunya.

Perkara itu didedahkan oleh ibunya sendiri menerusi hantaran di Facebook semalam.

Kata wanita yang menggunakan akaun Eyma Zaideen itu, anaknya selalu bertanya soal cuti sekolah dan wajah anak kecil tersebut tidak seceria dahulu apabila tiba hari persekolahan.

“Bayangkan setiap kali nak hari Ahad, Abang Cik (anaknya) mengeluh dan akan tanya bila cuti pula mama (Eyma).

“Mama pula jawaplah baru sahaja habis cuti tanya bila cuti lagi budak ini nak kena cubit kat mama ini. Abang Cik pergi sekolah macam biasa setiap kali balik rumah selalu muram macam tak seronok seperti budak lain dan lain sangat muka setiap kali nak pergi dan balik sekolah,” kongsinya.

Tambah wanita itu, sebagai seorang ibu pastinya peka dengan perubahan tingkah laku anaknya dan boleh merasakan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku.

“Saya sebagai ibu boleh rasa macam ada sesuatu tak kena sebab Abang Cik jenis tak beritahu apa-apa terjadi dekat sekokah dia jenis pendam orang kacau dia ke apa.

“Pertanyaan Abang Cik ini berlarutan setiap kali nak mula sekolah jadi lama-lama saya macam pelik ada masalah apa anak aku ini setiap kali nak pergi sekolah macam monyok (suram). Jadi balik Abang Cik dari sekolah dengan muka sedih baru lepas menangis, saya tanya kenapa balik menangis ada kawan-kawan buli ke nak tahu apa jawapan dia?,” soal Eyma.

Dalam pada itu, Eyma terkejut apabila mengetahui hal sebenar yang berlaku kepada anaknya dengan mendakwa seorang guru lelaki tanpa segan menggigit beberapa anggota badan kanak-kanak tersebut.

“Mama Abang Cik tak tahan dah nak pergi sekolah, nak tukar sekolah. Cikgu selalu gigit bibir Abang Cik lepas itu dia tarik panjang-panjang sakit sangat mama. Dah la gigi cikgu kuning dan mulut hitam Abang Cik geli, kadang cikgu gigit telinga dan hidung juga dan hari ini dia gigit bibir dan hidung,” luahnya anaknya.

“Saya terkejut mula-mula tak percaya lepas itu saya tanya abang dan kakak dia yang memang sekolah sama dekat situ, jawapan mereka ya memang ‘Cikgu Nor’ popular dekat sekolah suka gigit orang semua budak-budak tengok dia akan lari ketakutan takut kena pegang dan gigit.

“Ini bukan seorang pendidik gila macam ‘vampire’, ibu bapa lain mungkin boleh senyap, tapi tidak dengan aku, maaf lah tunggu kau ‘Cikgu Nor’,” tegas Eyma.

Sementara itu, menerusi hantaran lain yang dimuat naik Eyka, dia mendakwa perbuatan terkutuk guru tersebut tidak hanya berlaku kepada anaknya, malah beberapa murid lain turut menjadi mangsa termasuk kanak-kanak perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI