fbpx

Ayob Khan mula tugas rasmi di Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan tiba di lobi utama Menara 1, Bukit Aman, hari ini - Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memulakan tugas rasmi di Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau bersama isterinya, Senior Asisten Komisioner Datin Seri Zalena Mohd. Ariffin merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (Perkep) tiba di pintu masuk utama Bukit Aman kira-kira pukul 8 pagi.

Hadir sama, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain.

Setibanya di lobi utama Menara 1, Ayob Khan diberikan ‘Guard Turn Out’ oleh anggota Cawangan Kem Komandan, Bukit Aman, sebelum kenderaan rasminya berhenti di situ.

Ayob Khan kemudiannya disambut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin bersama barisan Ketua Urus Setia KPN sebelum diiringi ke tingkat 31 yang menempatkan pejabat rasmi KPN dan timbalannya.

Acara diteruskan dengan bacaan doa selamat di pejabatnya yang dipimpin Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Zakarim Abdullah @ Zakaria.

Ayob Khan yang sebelum ini memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dilantik sebagai Timbalan KPN, berkuat kuasa pada 22 Jun lalu selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Razarudin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI