Sebuah bilik yang disewa penuntut universiti dan dalam keadaan sempit selain kurang selesa untuk didiami.

Sewa rumah mahal, penuntut IPT bersesak macam ‘tin sardin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bersesak sehingga 10 orang dalam satu rumah sewa bukanlah perkara asing dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta ketika ini.

Semuanya disebabkan harga sewa tinggi selain kekangan penempatan kolej kediaman yang disediakan oleh universiti.

Malah situasi itu terpaksa ‘ditelan’ penuntut berikutan tidak mampu mendapatkan rumah yang lebih selesa dengan harga yang lebih murah.

Seorang pelajar universiti awam di Selangor dikenali Ahmad, 23, berkata, dia dan rakannya menyewa sebuah bilik kecil yang hanya memuatkan dua katil bujang dan sebuah almari de­ngan harga RM300 sebulan.

Katanya, rumah yang disewa­nya itu sebelum ini adalah sebuah butik dan papan nipis dijadikan dinding bagi memisahkan setiap bilik. Sebanyak 12 buah bilik dengan dua penghuni bagi setiap satu ruangan itu.

“Bilik kami memang kecil dan tidak selesa sebenarnya. Namun itu pilihan yang ada dan kami tidak mahu menyusahkan ibu bapa jika menyewa bilik besar.

“Kami bukan sengaja mahu bilik seperti ini, kami terpaksa sebab ini sahaja bilik yang paling murah, yang lain terlampau mahal untuk disewa dengan status kami sebagai pelajar,” katanya.

Seorang penuntut yang mahu dikenali sebagai, Haniff, 23, berkata, dia terpaksa berkongsi untuk menyewa sebuah apartmen berkeluasan sederhana bersama-sama 10 rakannya kerana mahu menjimatkan wang.

“Sebagai pelajar yang tiada pendapatan tetap, berhimpit itulah pilihan yang ada. Rumah ini pun sudah beribu,” katanya

Dakwanya, bebanan mereka semakin bertambah apabila pemilik rumah menaikkan bayaran sewa rumah kepada RM3,000 bulan lalu.

“Sebelum ini saya perlu membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan setelah dibahagi kepada 10 orang. Sekarang pemilik rumah naikkan harga sewa rumah ke RM3,000. Jadi saya terpaksa bayar RM300 tidak termasuk bil api dan air,” katanya.

Seorang pelajar komunikasi dikenali Aisyah, 24, ruangan sempit di rumah sewanya membuatkan semua penghuni terpaksa berkongsi bilik air yang satu.

Katanya, harga murah RM84 sebulan, namun kesusahan yang terpaksa ditanggung pula banyak sehingga membuatnya tertekan.

“Penghuni di rumah ini 10 orang tetapi hanya ada satu bilik air sahaja, jadi setiap orang mesti kena tunggu giliran untuk mandi dan bersihkan diri, memang kena bersabar sahaja.

“Tambahan pula, disebabkan ruangan kecil dan ketiadaan ­mesin basuh, kami perlu bergilir-gilir membasuh baju dengan ta­ngan. Ruang ampaian pun kecil jadi semua orang kena bergiliran menyidai pakaian,” katanya.

Tambahnya, dia terpaksa reda dengan bilik tersebut kerana ke­sulitan mendapatkan rumah sewa di sekitar Gong Badak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN