fbpx

Pahamin Rajab meninggal dunia kena serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Pahamin

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab, 77, meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi.

Menerusi kenyataan daripada keluarga beliau, Allahyarham yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kembali ke rahmatullah di Lapangan Terbang Heathrow pukul 11.30 malam.

“Jenazah Allahyarham masih berada di London dan urusan seterusnya akan dimaklumkan kelak insya-Allah.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Diharap agar sama-sama dapat sedekah al-Fatihah buat Allahyarham,” katanya.

Dalam masa sama, berita duka tersebut turut dikongsi oleh pelakon, Azhar Sulaiman yang juga menantu beliau menerusi Instagram dan TikTok.

“Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya berada di London. Mereka ke London untuk menghadiri graduasi anak lelaki saya.

“Kami semua ke London pada Isnin. Mohon bacakan al-Fatihah untuk bapa mentua saya,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham sempat menunaikan ibadah haji di Tanah Suci baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI