fbpx

Lim Guan Eng disiasat ucapan sentuh isu 3R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima beberapa laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, yang dipercayai menyentuh isu 3R (raja, agama, bangsa) di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang, kelmarin.

Ahli Parlimen Bagan itu disiasat selepas mendakwa gelombang hijau bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang ketika berucap dalam program ‘Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore-Malaysia’.

Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Suresh Kumar G. Suppiah berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman.

“Siasatan di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas beliau, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Terdahulu, pemuda Pas Kawasan Kangar membuat laporan polis ke atas Pengerusi DAP, Lim Guan Eng susulan kenyataan yang didakwa menyentuh sensitiviti agama dan ketenteraman awam negara ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI