fbpx

Bekas pemain kebangsaan ceroboh bilik hotel dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bekas pemain bola sepak kebangsaan berusia 49 tahun yang ditahan kerana dipercayai menceroboh bilik hotel akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki itu akan dituduh di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan kes melibatkan bekas pemain Malaysia akan diadakan pada 10 Julai (esok), pukul 9 pagi bertempat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang bekas pemain bola sepak diberkas selepas dipercayai menceroboh masuk ke dalam bilik sebuah hotel, di sini, 24 Jun lalu.

Satu laporan polis dibuat oleh mangsa pada pukul 6.10 petang yang mendakwa suspek iaitu individu dikenalinya menceroboh masuk ke biliknya.

Suspek kemudiannya meninggalkan bilik hotel berkenaan sebaik mangsa mendapatkan bantuan pekerja hotel.

Siasatan dijalankan membawa kepada penangkapan suspek di kawasan Petaling Jaya sebelum direman untuk siasatan lanjut

Lelaki itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan selesai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI