fbpx

Tak dapat lupa pengalaman urus 8 jenazah mangsa kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheikh Hameed (kiri) menguruskan salah satu jenazah mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar di HSNZ, Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Me­nguruskan lapan jenazah mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat Sheikh Hameed Syed Ahmed.

Pengurus jenazah itu berkata, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah memberi amanah kepadanya untuk melakukan proses awal sehingga perjalanan terakhir kesemua mangsa.

Sheikh Hameed, 56, berkata, beliau bersama tujuh pembantunya bertanggungjawab untuk memandikan, mengkafan, me­laksanakan solat jenazah serta urusan penghantaran jenazah ke kampung halaman.

“Pengalaman menguruskan lapan jenazah mangsa bencana sekali gus merupakan pengalaman baharu buat saya sejak 35 tahun terlibat dalam bidang ini.

“Urusan memandi dan mengkafankan dilakukan secara teliti dan berhati-hati.

“Kami mengambil masa le­bih tiga jam sewaktu menguruskan tujuh jenazah serentak kelmarin (Rabu lalu),” katanya sewaktu ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sheikh Hameed menambah satu lagi jenazah mangsa yang diuruskan kelmarin pula memakan masa hampir sejam.

“Kami menguruskan lapan jenazah itu secara percuma termasuk kos penghantaran ke Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, bagi urusan pengkebumian,” katanya.

Tambahnya, pengalaman menguruskan jenazah lapan sekeluarga itu amat menginsafkan beliau dan pasukannya.

“Kami menguruskan lapan jenazah itu secara percuma termasuk kos penghantaran ke Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, bagi urusan pengkebumian.

“Inisiatif ini dibuat bersama pihak masjid dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan lapan buah van jenazah termasuk sebuah untuk ke Batu Pahat, Johor,” katanya.

Sheikh Hameed berkata, beliau dan NGO lain memang sepakat untuk memberi perkhidmatan percuma kepada waris jenazah dengan menanggung kos memandikan, mengkafan dan pengangkutan.

Jelas beliau, tanggungjawab sesama muslim akan diselesaikan sekiranya dua lagi mangsa sudah ditemui kelak.

“Saya juga mendoakan urusan pencarian mangsa yang belum ditemui berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI