fbpx

Anwar terus turun jumpa mahasiswa walaupun dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar disambut pelajar dan mahasiswa IPT pada program Temu Anwar di UUM di Sintok, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

SINTOK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk terus turun ke universiti serta institusi pengajian tinggi (IPT) lain bagi mendengar rintihan pelajar dan mahasiswa, meskipun menerima kritikan daripada pihak pembangkang.

Menurut Anwar, beliau akan cuba bertemu dengan golongan itu pada setiap minggu atau sekurang-kurangnya sekali sebulan.

“Ada (pembangkang) kata Anwar ini tidak ada kerja lain, nak dialog dengan mahasiswa sahaja. Dia kata buat apa nak dialog dengan mahasiswa, buat kerjalah.

“Isnin sampai Jumaat kerja, jadi Sabtu atau Ahad saya turun ke bawah, apa salah saya dengar rintihan pelajar dan mahasiswa,” katanya pada program Temu Anwar Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini hari ini.

Kata beliau, adalah penting untuk beliau sebagai Perdana Menteri memahami isi hati, masalah serta isu-isu dihadapi penuntut.

“Bila turun bertemu dengan pelajar dan mahasiswa, saya tahu apa yang dibangkitkan oleh mereka. Sebagai contoh semasa di Langkawi sebelum ini, mereka tanya Perdana Menteri bila nak dapat e-Belia.

“Saya tidak tahu sebab ia telah diluluskan dan bila dengar (isu dibangkitkan) anak-anak ini, saya terus ke pejabat keesokan harinya dan beri arahan ia mesti disalurkan sebelum Hari Raya Haji (lalu),” ujarnya.

Menurut Anwar, isu-isu lain yang dibangkitkan dan diberi perhatian adalah bayaran elaun praktikal, masalah liputan internet dan juga infrastruktur lain.

Sementara itu, Anwar menyatakan kerajaan akan terus mengekalkan jaminan peluang kepada anak-anak Melayu dan Bumiputera supaya diberikan tempat yang mampu untuk bersaing.

“Sebab apa? Kalau tak ada begini, kita akan lihat kesenjangan yang berlaku seperti kita saksikan di Universiti Malaya (UM) pada tahun 60-an hingga 70-an yang mana Fakulti Kejuruteraan anak Melayu kosong, Fakulti Perubatan pula 12 peratus.

“Jadi ada usaha oleh Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan kementerian pada ketika itu yang mana kami mendokong program asasi khas untuk bantu anak Melayu,” katanya.

Namun begitu, katanya, kerajaan pada masa sama tidak mematikan sistem meritokrasi dengan pengambilan pelajar ke IPT tidak mengira perbezaan kaum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI