fbpx

Tragedi kepala air: Dua mangsa layak terima faedah Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (dua dari kanan) menyampaikan penghargaan kepada salah seorang majikan yang menggaji 100 peratus pekerja tempatan pada Karnival MyFutureJobs dan SKSSR Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Dua daripada 10 mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, minggu lalu, disahkan sebagai pencarum skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, dua mangsa tersebut layak menerima faedah skim Perkeso kerana dilindungi.

Beliau berkata, penyaluran bantuan dan pembayaran faedah tersebut akan dilunaskan Perkeso pada kadar segera.

“Perkeso dalam proses berhubung dengan waris mangsa bagi melengkapkan dokumentasi.

“Penyerahan faedah kepada waris mangsa yang layak akan dilakukan Perkeso dalam masa terdekat,” katanya, selepas merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Terengganu, di sini hari ini.

Difahamkan dua mangsa yang merupakan pencarum Perkeso terbabit adalah Karim Abdullah, 39, yang merupakan pengendali jentera berat dan tunang anaknya, Muhammad Fikri Satiman, 24.

Kosmo! Selasa lalu melaporkan Karim dan lapan ahli keluarganya serta Muhammad Fikri terlibat dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman pada 1 Julai lalu.

Setakat ini, sembilan mayat mangsa telah ditemui termasuk terbaharu dipercayai Muhamamd Fikri pada pukul 9.20 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI