fbpx

Mesyuarat akhir pelaksanaan 5G minggu depan – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat telco hari ini.

PETALING JAYA – Mesyuarat akhir berhubung pelaksanaan rangkaian 5G termasuk soal penyertaan daripada segi pegangan ekuiti Digital Nasional Bhd. (DNB) dan permohonan akses akan diadakan minggu depan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu akan memberi kepastian kepada pasaran dan membantu pengguna memilih penyedia perkhidmatan 5G yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

“Hari ini, saya telah bertemu pengurusan tertinggi syarikat-syarikat telco (telekomunikasi) utama di Malaysia.

“Kami berbincang tentang pelaksanaan 5G serta beberapa perkara. Insya-Allah minggu depan kami akan adakan mesyuarat akhir untuk memuktamadkan keputusan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Fahmi memaklumkan beliau mengalu-alukan kerjasama erat pihak berkaitan dalam usaha mencapai sasaran 80 peratus capaian bagi kawasan berpenduduk (COPA) bagi 5G menjelang akhir 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI