fbpx
AB. RAUF (empat dari kiri) ketika melawat tapak pembinaan kilang TI di Batu Berendam, Melaka. Foto MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Melaka intai pelaburan syarikat konglomerat AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kerajaan negeri berhasrat menarik lebih banyak syarikat konglomerat dari Amerika Syarikat (AS) untuk melabur di Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pengembangan operasi pembuat cip terkemuka AS, Texas Instruments Inc. (TI) berjumlah RM5 bilion bagi pembinaan kilang baharu seluas 400,000 kaki di Batu Berendam di sini akan dapat meningkatkan lagi keyakinan para pelabur.

“Setakat ini TI adalah satu daripada syarikat AS yang mengembangkan (operasi) dengan membina bangunan tambahan baharu untuk pemasangan dan ujian bagi memperbesarkan lagi perniagaannya di negara ini.

“Kita harap dengan keyakinan yang ada ini, kita akan menjemput lebih ramai syarikat-syarikat konglomerat daripada AS untuk datang melabur di Melaka,” katanya pada Majlis Pecah Tanah kilang TI di sini, hari ini, yang turut dihadiri Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters.

Dalam pada itu, mengenai sasaran pelaburan yang berjaya dicapai lebih awal, Ab. Rauf berkata, beliau optimis angka tersebut akan melebihi RM8.2 bilion menjelang hujung tahun ini.

Katanya, sasaran tahunan sebanyak RM5 bilion yang ditetapkan sebelum ini berjaya dicapai dalam tempoh enam bulan pertama menerusi pelaburan TI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN