fbpx

[VIDEO] Hafiz buang ego, sebak menangis minta maaf daripada Ajai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Hafiz Hamidun memohon maaf kepada Ajai atas kesilapan yang dilakukan beberapa tahun lalu.

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pencipta lagu Hafiz Hamidun tidak dapat menahan sebak sehingga hampir menitiskan air mata saat membuat permohonan maaf kepada Ajai berhubung satu insiden yang mengundang kemarahan komposer terkenal itu beberapa tahun lalu.

Berkongsi rasa yang terbungkam di jiwa, Hafiz mengakui keengganannya menerima dan menyanyikan beberapa karya pemberian Ajai ternyata menimbulkan satu ketegangan antara mereka.

“Tidak ramai yang tahu tentang cerita ini. Saya mahu membuat permohonan maaf kepada Ajai kerana pernah membuatnya marah.

“Beberapa tahun lalu, Ajai pernah memberi beberapa lagu kepada saya, tetapi saya menolaknya kerana ego,” kata Hafiz.

Ujar penyanyi berusia 38 tahun itu lagi, dia menolak karya yang diberikan Ajai kerana merasakan lagu tersebut tidak kena dengan jiwanya.

“Saya tolak lagu Ajai sebab tak kena dengan jiwa saya. Itu sahaja. Ajai beri beberapa buah lagu, tapi saya diam dan tidak buat apa-apa keputusan.

“Tidak sangka Ajai menunggu jawapan saya sebenarnya sebelum akhirnya saya menolak lagu tersebut.

“Kejadian itu membuatkan Ajai benar-benar marah kepada saya,” katanya.

Ujar Hafiz lagi, sebagai seorang komposer, dia juga mempunyai ego dan kemahuan sendiri sehingga tidak sedar akan ada hati yang bakal terluka.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan pelantun Jodoh Berdua itu rasa ‘terpukul’ apabila Ajai tidak pernah menyimpan dendam terhadapnya.

Buktinya, sewaktu Hafiz menyertai sebuah program realiti tahun lalu, Ajai merupakan salah seorang juri dalam program tersebut.

“Saya ingatkan mungkin akan tersingkir awal sebab jurinya adalah Ajai. Kalau saya tersingkir, fahamlah kenapa. Tetapi tidak.

“Setiap minggu Ajai puji saya, malah kata saya komposer yang hebat. Daripada situ saya belajar sesuai supaya perlu ada sikap rendah diri. Perkara yang terjadi itu memberi pengajaran kepada saya sehingga sekarang,” katanya sewaktu sidang media pelancaran single terbaharu, Kembali Pada-Mu di Restoran Fly Me To Kl, Regalia Residence semalam.

Bukan tidak pernah meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan, Hafiz bagaimanapun berasa belum puas dan berharap keegoan silam sekitar 2015 lalu itu memberikan satu pengajaran buat dirinya.

“Saya tahu Ajai terasa dengan saya. Walaupun saya telah meminta maaf kepadanya sebelum ini, tapi saya masih belum puas.

“Sekali lagi saya minta maaf. Pengajaran yang saya dapat, walaupun kita buat lagu untuk orang lain, tidak semestinya kita bagus,” luahnya.

Selain berstatus penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz juga terkenal sebagai penyanyi dan komposer lagu kerohanian yang terkenal. Antara karya yang ditulis Hafiz seperti Mikraj Cinta nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cinta terakhir (Aiman Sidek). – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI