fbpx

K2

Persoalan mengenai cara rujuk semasa iddah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN suami isteri perlu segera memaklumkan kepada pihak mahkamah syariah mengenai lafaz rujuk yang telah dibuat. – Gambar hiasan

Assalamualaikum, suami melafazkan rujuk di rumah di depan orang tua saya. Bolehkan selepas lafaz rujuk itu, saya sebilik dengan suami sebelum ke mahkamah? Bolehkah rujuk kalau iddah baru tiga minggu?

JAWAPAN: Waalaikumussalam.Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SWT dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga hari kiamat.

Isu yang dikemukakan adalah berkenaan lafaz rujuk dan tempoh iddah. Kaedah rujuk yang dinyatakan oleh ahli fekah adalah hanya cukup lafaz rujuk (seperti lafaz: “Aku nak rujuk semula”) daripada suami dan disunatkan melafazkannya di hadapan saksi. (Lihat Al-Feqh Al-Manhaji, jld.2, hlm.134)

Oleh yang demikian, suami isteri berkenaan boleh bersama selepas lafaz rujuk dilafazkan. Bagaimanapun, perkara tersebut hendaklah dimaklumkan segera kepada pihak mahkamah syariah.
Iddah pula dari sudut istilah fekah adalah tempoh wajib yang dinanti oleh seorang perempuan untuk membolehkannya berkahwin lain. Dan tempoh iddah bagi talak rajie (talak satu dan dua) adalah tiga kali suci selepas lafaz cerai bagi wanita yang tidak mengandung dan tidak putus haid. (Rujuk Al-Feqh Al-Manhaji, jld.2, hlm.154)

Maka rujuk hanya boleh dilakukan dan sah sebelum tamatnya tempoh iddah.

Namun begitu, jika tempoh iddah telah tamat dan mereka berdua bersetuju untuk kembali bersama, maka perlulah bernikah semula dengan mas kahwin yang baharu. Justeru, persoalan yang diajukan jika lafaz rujuk dilakukan dalam tempoh tiga minggu, ini bermakna isteri tersebut dalam keadaan iddah yang masih belum cukup tiga kali suci, maka hukum rujuk dalam tempoh tersebut adalah sah.

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI