fbpx

Lelaki alami gangguan seksual kurang buat aduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Statistik semasa menunjukkan kebanyakan lelaki kurang ‘mengadu’ dalam hal melibatkan gangguan seksual walaupun menjadi mangsa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kesedaran golongan lelaki terhadap kempen antigangguan seksual di negara ini agak subjektif.

Jelas beliau,  ada dalam kalangan lelaki mungkin akan berasa ‘teruja’ dan ada juga yang mungkin terganggu dengan gangguan tersebut.

“Jadi, itulah saya kata Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual seperti ini akan memberi kesedaran yang (boleh) digunakan sebagai salah satu daripada panduan untuk menyatakan (bahawa) mereka adalah mangsa kepada gangguan seksual.

“Tak kira (sama ada) lelaki atau perempuan,” katanya selepas merasmikan program berkenaan yang turut dihadiri oleh Timbalannya, Aiman Athirah Sabu serta beberapa pemimpin wanita setempat di Dewan Milenium, Kepala Batas, di sini petang tadi.

Pulau Pinang merupakan destinasi kedua selepas Putrajaya untuk program tersebut dan akan diteruskan ke beberapa lokasi lain dengan matlamat memberi pendedahan, pengetahuan serta menyebarluaskan pemakaian garis panduan dan notis antigangguan seksual kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Nancy berkata, gangguan seksual harus ditangani dengan serius kerana boleh mendorong jenayah seksual yang lebih serius dan kesannya terhadap mangsa adalah sangat negatif termasuk trauma serta ketakutan yang berpanjangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI