fbpx

KPDN gempur sindiket seleweng diesel RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharuddin memeriksa salah sebuah tangki mengisi minyak disyaki seludup di Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel di daerah ini pada hari ini.

Serbuan di lakukan sepasukan penguat kuasa KPDN di empat lokasi berasingan di sekitar Paka dan Kerteh di sini bermula pukul 1 pagi.

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, serbuan di tiga stesen minyak dan sebuah setor pengumpulan minyak diesel itu berjaya menemui 45,630 liter diesel disyaki diseludup.

Beliau berkata, nilai minyak diesel dan peralatan yang dirampas terbabit dianggarkan RM313,104.50.

“Kita telah berjaya menahan empat buah lori yang sedang mengisi diesel ke dalam tangki diubah suai.

“Tiga lelaki warga tempatan berusia 20-an yang mengaku pemandu lori diesel berkenaan juga ditahan bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Saharuddin berkata, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan risikan selama sebulan sebelum melakukan serbuan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI