fbpx

Kokain ditemui di White House

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR semalam menunjukkan kawasan West Wing di White House, Washington. – AFP

WASHINGTON – Dadah jenis kokain ditemui di ruang yang sering digunakan oleh pelawat dan bukan ketika Presiden Joe Biden serta keluarganya berada di White House, kata beberapa pegawai semalam.

Perkhidmatan Rahsia yang melindungi rumah agam Presiden Amerika Syarikat tersebut mengumumkan bahawa pihaknya mengenal pasti serbuk putih yang ditemui adalah kokain, manakala siasatan diteruskan.

Biden mengutamakan tradisi tata tertib tradisional di White House selepas Presiden sebelum ini, Donald Trump didakwa mempunyai tabiat mengepam dokumen ke dalam mangkuk tandas.

Bagaimanapun, Biden, 80, juga dibelenggu laporan mengenai kehidupan bermasalah anak lelakinya termasuk penagihan dadah.

Penemuan kokain itu mencetuskan spekulasi bahawa dadah itu milik anak lelaki Biden.

Trump sendiri menyertai mereka yang mengkritik Biden semalam dengan berkata: “Apakah orang akan mempercayai bahawa kokain yang ditemui di bahagian West Wing, White House yang juga hampir dengan pejabat rasmi Presiden, Oval Office adalah untuk kegunaan orang lain selain daripada Hunter (anak lelaki Biden) & Joe Biden?”

Dalam usaha menamatkan spekulasi itu, White House menegaskan bahawa buktik yang ditemui menunjukkan dadah itu digunakan oleh pelawat dan bukannya ahli keluarga Biden. – AFP            

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI