fbpx

Abang cekik adik: KPM serah kepada polis, siasat jika wujud unsur buli – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina menyampaikan Anugerah Tokoh Sukan Kepimpinan kepada Suhaimi Sun Abdullah pada Majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-Milo 2022 di Putrajaya, hari ini. Gambar FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan sepenuhnya siasatan insiden remaja mencekik adik sendiri sehingga mati di Melaka semalam kepada pihak berkuasa termasuk melihat kemungkinan wujud unsur buli disebalik kejadian itu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kes itu masih lagi dalam siasatan dan pihaknya tidak dapat menentukan adakah itu (kesan buli) punca sebenar insiden berkenaan.

“Jika betul ada isu buli, kami tidak akan kompromi. Namun, ia mesti melalui proses dan aduan perlu dibuat kepada KPM menerusi portal aduan buli.

“KPM tidak akan tolak ansur berkenaan sebarang isu buli malah, saya mintak semua ambil perhatian bagi memastikan setiap aduan buli diambil serius,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2022, di sini hari ini.

Fadhlina berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan bapa remaja berkenaan yang mendakwa anaknya bertindak sedemikian kerana pernah dibuli di sekolah.

Sementara itu, Fadhlina memohon agar orang awam supaya menghormati keadaan keluarga mangsa termasuk tidak menularkan maklumat terutama nama dan gambar remaja berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI