fbpx

Tragedi kepala air: Jenazah Putri Alleya Maisarah dikebumikan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Putri Alleya Maisarah dibawa masuk ke dalam van sebelum dibawa pulang ke Felda Lepar Hilir 3 dari Rumah Mayat HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jenazah kelapan mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, dihantar pulang ke Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Pahang sebentar tadi.

Van jenazah membawa remaja perempuan itu dilihat meninggalkan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pukul 8.10 malam dengan diiringi kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jenazah Allahyarham sebelum itu dituntut ibu saudaranya, Rosilawati Yassin, 49, sebelum dimandi dan dikafankan bagi proses pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3.

Rosilawati berkata, jenazah anak saudaranya itu akan dibawa ke Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir sebelum dikebumikan berdekatan pusara tujuh ahli keluarganya pada malam ini.

Setakat ini, dua lagi mangsa masih belum ditemui iaitu Putri Nor Fatin, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, yang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI