fbpx

Tengkorak, tulang serta gigi sah milik Wak Ithnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAMRY menunjukkan gambar Ithnin Warsan yang hilang secara misteri pada 20 September tahun lalu di Kampung Tungku Tiga, Segamat, Johor.

SEGAMAT – Polis mengesahkan cebisan tulang, tengkorak dan gigi geraham yang ditemui dalam kebun kelapa sawit di Kampung Tungku Tiga di sini pada awal bulan lalu milik warga emas yang dilaporkan hilang sejak 20 September tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, tengkorak dan rangka itu disahkan milik Ithnin Warsan, 80, yang hilang secara misteri.

Pengesahan identiti mangsa itu melenyapkan dakwaan mengenai unsur-unsur mistik sebelum ini.

“Berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas rangka berkenaan 99.9 peratus adalah sepadan. Rangka, tengkorak dan gigi geraham itu ditemui orang awam pada pukul 5.47 petang, 4 Jun lalu di kawasan kebun sawit disahkan milik mangsa.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan rangka mangsa akan diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, sebelum ini siasatan di lokasi kejadian tidak menemui pakaian dan pengenalan diri mangsa.

“Tengkorak dan serpihan tulang dihantar ke Hospital Daerah Segamat (HDS). Sampel DNA waris sudah diambil dan polis terima laporan penuh daripada pasukan forensik dan patologi semalam,” katanya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, pada pukul 7.15 malam, 20 September 2022, Ithnin atau Wak Ithnin dikatakan berada di halaman rumahnya di Kampung Tungku Tiga sebelum menghilang tanpa jejak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI