fbpx

K2

Secure2u bantu perangi penipuan online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGESAHAN Secure2u dipercayai lebih selamat. – Gambar hiasan

APLIKASI perbankan internet Maybank (Maybank2u) kini telah beralih sepenuhnya kepada sistem pengesahan Secure2u untuk semua transaksi termasuk perkhidmatan pembayaran bil, DuitNow, FPX dan IBG.

Perkara ini diumumkan pihak Maybank yang menyatakan bahawa pihak­nya telah sepenuhnya beralih daripada pengesahan One Time Password (OTP) kepada sistem yang lebih selamat.

Ini bermaksud kesemua perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan oleh Maybank hanya boleh disahkan melalui aplikasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli, peralihan kepada penggunaan Secure2u itu adalah selari dengan arahan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi kes penipuan dalam talian yang semakin meningkat di negara ini.

“Maybank telah memenuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan oleh BNM seperti daftar atau tukar peranti Secure2u, sekat transaksi yang mencurigakan, membuang pautan daripada khidmat pesanan ringkas (SMS), adakan talian penipuan untuk pelanggan dan ‘Kill Switch’ bagi sekat akses perbankan.

“Pelanggan adalah keutamaan dan kami mengambil serius keselamatan platform perbankan dalam talian.

“Pada masa sama, kami melaksanakan beberapa inisiatif proaktif bagi membendung peningkatan penipuan serta melindungi akaun pelanggan,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Tambahnya, inisiatif tersebut terma­suk membenarkan hanya satu peranti boleh mengakses setiap akaun aplikasi MAE sejak dilancarkan pada Oktober 2020.

Kongsinya lagi, dengan Secure2u, pengguna Maybank boleh mengesahkan sebarang transaksi dalam talian dengan mudah dan selamat.

Pengguna juga boleh kemas kini maklumat peribadi seperti nombor telefon dan alamat melalui Secure2u.

“Pengaplikasian Secure2u pada satu peranti untuk satu akaun bukan sahaja dapat mengurangkan kemungkinan untuk scammer melakukan transaksi tanpa kebenaran, tetapi menggalakkan pengguna mengamalkan keselamatan siber yang baik.

“Semua pengesahan Secure2u akan beralih sepenuhnya ke aplikasi MAE bermula 1 Julai lalu. Jika pengguna masih menggunakan Maybank2u, mereka perlu memuat turun aplikasi MAE bagi membo­lehkan pengesahan transaksi dilakukan. Ini termasuk untuk transaksi yang dibuat di laman web Maybank2u, aplikasi Maybank2u dan aplikasi MAE,” jelasnya.

Kongsinya lagi, pihak Maybank juga mengingatkan pengguna supaya sentiasa menjaga maklumat bank dan tidak berkongsi kata laluan walaupun dengan keluarga serta kawan.

Pengguna juga diingatkan untuk tidak muat turun dan memasang fail Kit Pakej Android (APK), meng­klik link mencurigakan yang diterima daripada mesej serta tidak root atau jailbreak peranti digunakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI