fbpx
Tangkap layar video memparkan warga emas berkenaan yang masih gigih berkerja sebagai penghantar makanan.

[VIDEO] Pak Cik Zakaria tular lagi, netizen simpati pakat sedekah ‘online’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita tersentak apabila mendapati makanan yang dipesannya dihantar oleh seorang warga emas yang kelihatan uzur, berjalan perlahan dalam keadaan membongkok ketika menghantar pesanan berkenaan.

Warga emas berkenaan dikenali sebagai Zakaria, sebelum ini pernah beberapa kali tular di media sosial dengan kisah kegigihannya bekerja sebagai penghantar makanan yang dihujani simpati orang ramai.

Wanita itu berkata, dia kemudian bertanya kepada lelaki berkenaan mengenai sebab masih melakukan pekerjaan berkenaan, sebelum dimaklumkan bahawa wang diperoleh akan digunakan untuk membeli keperluan dapur.

Menggunakan profil @Ashnurul89, dia berkata, ia sekali gus membuatkan dirinya lebih mensyukuri nikmat kesihatan yang diberikan.

“Tadi aku tempah makanan atas talian, pak cik ni yang hantar. Sumpah aku macam tersentak. Aku tanye kenapa buat kerja ni, dia cakap untuk barang-barang dapur je.

“Semoga pak cik sentiasa dalam lindungan Allah ye. Dekat sini Allah nak suruh aku bersyukur dengan nikmat sihat. Nama pak cik ni Zakaria,” katanya.

Hantaran berkenaan mendapat perhatian netizen dengan ada yang berusaha membuat carian nama warga emas itu menerusi Touch ‘n Go eWallet bagi menyalurkan sumbangan untuk membantu meringankan bebannya.

“Ya Allah, saya cuba (guna) Duit Now (Touch ‘n Go) guna nombor telefon pak cik ni, keluar namanya. Peliharalah dia dalam lindunganMu ya Allah,” ujar @Mommy_disa.

“Saya pun cuba dekat Touch ‘n Go Duit Now. Naik namanya. Semoga murah rezeki pak cik tu. Semoga pak cik tu sihat,” komen @Eyraarr.

“Video ni khas untuk orang-orang muda tubuh badan sihat tapi hidup mencuri, merompak, menyamun dan meragut,” tegas @Kmy__kmo. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN